SIAPA LAGI HEBAT DIBANDINGKAN DENGAN BIDADARI SYURGA?

PEREMPUAN TU GEMUKNYA, LEMAK KELILING PINGGANG, MUKA PELE’OT YA AMPUN!

Jangan sedih kalau kita dihina paras rupa di dunia.. Ini khabar gembira!

Bidadari di syurga itu sangat sempurna sebagai seorang perempuan, cantiknya, wanginya, bentuknya.. Subhanallah.

Tetapi, dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, seindah-indah bidadari syurga itu, ada lagi yang lebih indah daripada bidadari syurga yang diimpi-impikan itu..

Siapakah mereka?
.
.
.
Mereka adalah dikalangan perempuan wanita yang jaga solatnya, ibadahnya kerana Allah SWT.
.
Bayangkan, kita di dunia ini penuh pelbagai rupa bentuk, ada yang cantik, ada yang tidak cantik. Supaya kita saling kenal mengenali dan ujian kepada kita.

Tetapi di Syurga, wanita-wanita yang disebut oleh Rasulullah SAW itu tak kira dia buruk rupa bentuk di dunia, tetapi di Syurga, dia lebih jelita, lebih indah dari bidadari lain.

Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Yakin!

#KPI_Akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published.