SUPPORT KAWAN BERNIAGA

Mahu tolong kawan berniaga, jadilah regular customer. Bukan minta free atau diskaun kaw kaw atau berhutang tang tang.

Itu bukan membantu, tapi membantut ekonomi.

BISNES SELESAIKAN MASALAH PELANGGAN

Ada 1 contoh situasi yang ramai terlepas pandang untuk “selesaikan masalah pelanggan”.

Situasi:
Saya ingin bawa kenalan dari semenanjung untuk makan sedap-sedap di Kota Kinabalu.

Misi: Menggembirakan kenalan dengan makanan yang sedap di Sabah dengan khidmat layanan pelanggan yang baik.

Realiti: Duduk sahaja di kerusi restoran, pelayan tidak endah pelanggan, tempahan salah dan makanan tidak seperti yang dirasai sebelum ini.

Kesan: Next time ajak kenalan ke restoran lain.