MENJADI INSAN BERMANFAAT

Saudara Muslimku,

Islam itu bermaksud Peace. Bagaimana peace itu wujud di dalam situasi harian kita?

Kita selalu fikir dan kebanyakkan situasi untuk bersedekah, berinfaq pada setiap Jumaat yang barokah.. Mengisi seringgit dua di tabung-tabung masjid.

Dengan niat yang ikhlas supaya duit itu diurus untuk membina keselesaan jemaah masjid yang hadir beribadat.. Keselesaan, alhamdulillah itu yang kita harapkan sesuai dengan ibadat dan tujuannya agar lebih khusyuk dan tenang. Mencantikkan dengan batu-batuan mar-mar, keemasan semata-mata bukanlah dituntut.

Selain itu..

Mari kita belanjakan sebahagian sumbangan sedekah infaq itu di Masjid dan ke tempat-tempat yang lain (Fasiliti awam) seperti Hospital, tempat menunggu bas, pusat-pusat pendidikan tahfiz, green house, universiti, fakulti, sekolah tadika, klinik dan sebagainya..

Lebih banyak kita memberi manfaat kepada orang lain, lebih amanlah dunia ini. Hentikan kesombongan, bina komuniti yang kukuh dan bertimbang rasa.

Anda susah kita bantu, kami susah anda bantu. Ramai kanak-kanak terpinggir, banyak fasiliti yang tidak mencukupi. Wujudkan keamanan dengan bersedekah, infaq, zakat.

Bukankah sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain. Itu pun ibadah untuk dapatkan pahala demi bekalan akhirat bukan?

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوا وَّالَّذِينَ هُمْ مُّحْسِنُونَ
innalloha ma’allaziinattaqow wallaziina hum muhsinuun

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(QS. An-Nahl 16: Ayat 128)

Mari! Baiki amalan-amalan kita..

#KPI_AKHIRAT

Leave a Reply

Your email address will not be published.