BISNES TAK MAJU, APA NAK BUAT?

Tahun 2016 yang lalu, saya menghadapi kesukaran dalam dunia bisnes bidang perikanan. Menjalankan bisnes bermodalkan pembiayaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebanyak RM60 ribu. Perjalanan bisnes yang sangat penuh dugaan ketika itu.

Masa itu, saya menjalankan bisnes supply ikan basah kepada kilang ikan dan hotel-hotel. Permintaan dari pelanggan sentiasa ada, setiap hari, setiap minggu, tetapi kekuatan modal sangat rendah. Saya telah memohon untuk mendapatkan pembiayaan PUNB dan Alhamdulillah mujur saya berjaya mendapatkannya.

RM60 Ribu habis tidak sampai setahun. Perjalanan bisnes yang cukup mendukacitakan apabila berniaga bersama seorang partner yang terlebih cerdik. Dia dalam diam telah membuat keuntungan sendiri tanpa memberi pulangan kepada bisnes walhal menggunakan modal saya.

Hari pertama wang pembiayaan masuk ke akaun, saya telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 ribu untuk membayar kos-kos operasi termasuk tunggakkan gaji. Ini tidak termasuk modal pusingan yang diminta oleh partner untuk membeli stok baharu.

“Mad, macam ni… aku minta RM10 Ribu untuk beli stok ikan. Aku jual di pasar AmPm (nama pasar).”

Aku pun dengan yakinnya telah memberikan modal sebanyak itu. Apa yang berlaku, setelah beberapa ketika aku cuba arahkan kerani untuk buat laporan jualan partner di Pasar AmPm tersebut. Malangnya kerani mengeluh dengan encik partner sebab tidak beri kerjasama.

“Bos, partner bos belum bagi jumlah sebenar duit yang tinggal di tangan. Saya sudah berapa kali inform dia bos..”

Saya pun tak sedap hati, sehinggalah satu ketika saya terkejut ada stok ikan baru sampai lagi kononnya untuk dijual di Pasar AmPm. Tapi rekod in-out langsung tidak ada daripada partner. Saya mula ragu dengan dia.

“Ika, tolong bagitau partner tu bahi laporan jualan secepat mungkin. Saya bagi masa seminggu untuk serah laporan jualan. Kalau tidak saya lepaskan bisnes ni saja.”

Tepat seminggu, encik partner tidak keluarkan apa-apa laporan jualan pun. Sebaliknya dia datang ke pejabat saya dan tunjukkan sikap kasar.

” Nah.. ini duit yang kau mau tu! Aku tidak bawa duit lari lah.. “.

Saya rasa tercabar juga. Dia datang dengan tunjukkan sejumlah wang secara kasar (yang saya kira pun tidak cukup banyaknya). Saya beranggapan jualan si pasar itu tidak menguntungkan. Tetapi saya hairan encik partner boleh membeli stok stok baru dan segar. Di mana hasil jualan atau untung yang dia dapat?

“Kau order stok ikan baru tu pakai duit siapa?”. Saya tanya dengan penuh ingin tahu.

Dia jawab, “Itu duit orang lain!”.

Sah… Saya betul-betul rasa kerugian besar bila mana dia minta modal RM10 ribu itu tanpa pulangan sewajarnya, sebaliknya dia dapat beli stok ikan baru dan dia katakan itu bukan kedai kami punya.

Saya kemudiannya ambil keputusan keluar dari bisnes tersebut daripada terus rugi dan dipermainkan. Baki wang lebih kurang RM26 ribu dalam tempoh kurang 3 bulan selepas duit pembiayaan diterima.

Akhirnya saya mendapat tahu yang encik partner sedang meminjam Ah Long dan bermain judi di handphone. No wonder dia akan sentiasa cari jalan untuk mencari duit untuk membayar hutang ah long tersebut.

Alhamdulillah saya bersyukur saya mendapat petunjuk untuk supaya tidak lagi bersama dia.

BAGAIMANA SAYA CUBA BANGKIT?

Bisnes utama saya tahun 2016 iaitu menjalankan bisnes membekal ikan. Ini adalah Plan A (utama) bagi saya. Saya telah menyusun beberapa strategi dan beberapa rancangan ke depan mengikut kebarangkalian-kebarangkalian yang mungkin terjadi.

Dalam pada keadaan modal yang tidak mencukupi (berjaya selamatkan modal) itu, saya kemudiannya membuat Plan B dan Plan C sebagai backup business survival saya.

BINA BACKUP PLAN BISNES

Saya telah menganggap bisnes membekal ikan tersebut sudah gagal. Berbaki sejumlah wang pembiayaan, saya telah membina plan bisnes yang baharu dalam bidang IT, oleh kerana saya mempunyai latar belakang Ijazah Sarjana Muda Software Engineering.

Apa yang saya lakukan, saya download tutorial-tutorial video berkaitan dengan programming untuk tujuan ulang kaji membina Web Apps agar lebih up-to-date dengan teknologi terkini.

Tujuan saya menggilap semula skill programming ini adalah supaya saya boleh masuk ke pasaran projek-projek untuk membina sistem aplikasi web di Malaysia.

Ia sebuah perjalanan yang baharu dan sesuatu yang lebih selesa berbanding menjalankan bisnes membekal ikan sebelum ini. Inilah bisnes Plan B saya.

Berikut plan-plan saya yang sedang saya jalankan dan kongsikan:

#Plan C – Bisnes Cetak Baju T-Shirt

#Plan D – Bisnes Kilang Produksi Produk Hiliran Perikanan (Sambal Ikan Masin)

#Plan E – Bekerja sebagai Eksekutif Pengurusan Koperasi, dan

#Plan F – Bisnes Latihan Kemahiran dan Penganjuran Program Modal Insan.

Tujuan membina banyak Plan untuk bisnes adalah supaya kita tidak mengharapkan hanya sebuah bisnes yang berjaya.

Anda bayangkan jika anda terlalu bergantung dengan satu bisnes yang sedang mengalami kerugian dan terpaksa ditutup. Di manakah backup income anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published.