Posts by Achmad Noorafzam

Strategy

5 SAKSI PERBUATAN MANUSIA

Semalam saya tengok Astro Oasis. Tazkirah Malam Jumaat.
Digambarkan apabila kita di muka pengadilan alam lain nanti,

Ketika mana..
Waktu itu ada beberapa panel yang akan menjadi saksi atas segala perbuatan kita.

Andai kita pernah berbuat jahat tapi tiada satu pun akan dipanggil saksi, hanya Allah dan Mlaikat menjadi saksi ketika itu.
Mohon ampunlah kepada Allah moga kita akan akhiri kehidupan ini dengan kebaikan. InshaAllah Allah akan mengampunkannya.

Andai kita kerap menyebarkan fitnah, kawan-kawan kita tahu kita buat fitnah. Mengutuk pemimpin secara terang-terangan termasuklah berkongsi maklumat palsu di facebook.
.
.
Maka selain Allah, disaksikan juga oleh kawan-kawan yang melihat perbuatan jahat kita dulu. Disaksikan lagi orang yang difitnah, dianiaya dan sbgnya.
.
.
Kemudian ketika di akhirat nanti, sengsaralah kita. Kita tidak sempat memohon keampunan daripada orang yang disakiti.
.
.
Bodohnya kita apabila memburukkan orang yang kita tidak kenal.
Hanya mendengar cakap cakap orang.
Lalu kita ikut cakap buruk orang.
Lalu menyebarkan cakap buruk itu.
Sampai mati pun kita tidak dapat minta maaf daripada orang yang kita sakiti.

Demikianlah dunia akhir zaman ini. Sosial media dijadikan arena menyebarkan fitnah. Gelanggang buruk-memburukkan sesama manusia.

Ditanya “adakah kamu pernah fitnah manusia ini?”
Saksi Manusia: Ya
Saksi Anggota badan : Ya
Saksi Haiwan/tumbuhan: Ya
Saksi Malaikat kiri dan kanan: Ya
Saksi Allah: Ya

Akhirnya nanti, amalan kita ditimbang.
MANA MUNGKIN kita boleh menang di dalam mahkamah dengan penuh penyaksian atas segala perbuatan jahat yang kita lakukan.
.
.
Bersyukurlah WALAUPUN kita pernah buat kejahatan tanpa diketahui sesiapa kecuali Allah.
Kerana Allah sebenarnya sedang MENUTUPI AIB kita dan beri peluang kesempatan memohon keampunan.

Moga kita dijauhi atas perbuatan yang merosakkan hubungan sesama kita.

APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN SELEPAS INI?

Jom..
1. Periksa profile FB masing-masing jika berkesempatan.
2. Delete mana-mana posting yang melibatkan keburukkan orang lain. Betul atau salah. Biar dan teruskan delete.
3. Bertaubat dan muhasabah diri.
4. Ingat dan saling mengingati.

Advertisements

APA TUJUAN BERI DISKAUN SESUATU BARANG JUALAN?

Hah… ramai pengusaha yang memiliki produk sendiri tidak terfikir atau terlupa untuk membuat margin keuntungan yang sesuai.

Margin keuntungan sesuatu produk tuan puan perlu memiliki ruang untuk potongan harga untuk tujuan tertentu. Tapi tuan puan masih ada untung.

Apa tujuan beri diskaun ni agaknya?

Di sini saya ingin kongsi satu sahaja tujuan kenapa perlu beri diskaun harga kepada bakal pembeli.

Mengumpul database pelanggan

Korang ingat hebat sangatkah produk anda tu? Korang ingat 1 dunia nak beli?

So, cara nak tapis orang yang berminat adalah beri mereka diskaun. Bila beri diskaun, mereka akan ada perasaan ingin mencuba.

Secara psikologinya, orang yang ingin mencuba produk anda adalah salah seorang pembeli anda.

Semasa mereka nak beli tu, jangan kita duduk sahaja. Dekatilah mereka minta contact number ka, email ka…

Selepas diakhiri kempen diskaun jualan tu, bolehla buat followup kepada mereka nanti.

Followup

Gunakan contact senarai pelanggan anda untuk buat followup. Followup pun ada caranya.

Jangan suruh beli barang anda lagi. Mereka pasti terkejut. Sebaliknya, bagi mereka sesuatu info berguna, atau aktiviti-aktiviti bisnes anda.

Secara tidak langsung, mereka akan terjebak dengan pemasaran anda. Sekali sekala buka pula diskaun istimewa buat mereka. Mereka pasti menjadi pelanggan tetap dan setia.

Tips mudah cari kerja sebagai pelayan restoran

Ikut saja ayat yang saya bagi ni. Tetapi kata-kata kena selari dengan perlakuan kerja.
…………….

Selamat pagi tuan. Nama saya Achmad Noorafzam. Saya ingin bekerja di restoran tuan sebagai pelayan pelanggan yang hebat.

Saya nampak banyak yang perlu dibaiki dari segi cara layanan restoran tuan. Mahukah tuan ambil saya bekerja percubaan sebulan dengan gaji minima. (sambil menunjukkan jari telunjuk menandakan nombor satu).

Saya akan pastikan pelanggan-pelanggan restoran tuan akan berpuas hati dengan layanan saya. Sekiranya layanan saya hebat dipandangan tuan, saya akan ajar pelayan yang lain cara yang betul sebagai pelayan restoran. Ini akan meningkatkan jualan harian tuan. (muka mesti yakin).

Sekiranya cara layanan saya tidak baik dan merugikan bisnes tuan, tuan boleh hentikan saya bila-bila masa dan saya sukarela diberhentikan atas kelemahan saya. (muka masih yakin)

Akhir sekali tuan, tuan ada 2 pilihan. Samada tuan tolak tawaran saya ini atau tuan terima tawaran ini sekarang juga sebelum saya cari kerja di restoran sebelah tuan?
(yakin dan meyakinkan)
.
Hahhh lepastu bersedialah soalan seterusnya dari pengurus restoran tu. Yang ini ko jawablah mengikut kebijaksanaan.
………………………..
Ada pelayan restoran berani macam ni?

TERIMA KASIH UJIAN VERSI ACHMAD

“Bang, ini album lama. Jumpa di rumah kampung semasa kemas-kemas petang tadi.”

Aku buka album tersebut. Kelihatan gambar-gambar lama menggamit kenangan semasa di bangku sekolah dahulu.

TERIMA KASIH UJIAN (teringat judul buku puan Farrawati Sabli)

— 15 Tahun lalu —

“Mad, ko tolong kilatkan kasut ni. Baju ni seterika. Bagi tajam”.

Ketua platun aku ni memang kuat suruh aku siapkan pakaian uniformnya. Aku tahu dia sangat yakin kualiti kerjaku.

Keesokkannya..

“Johan Keseluruhan Kem Tahunan PKBM Peringkat Negeri jatuh kepada Sekolah Menengah Sains Sabah”.

Kegembiraan itu sentiasa ada. Tetapi tidak senikmat mana kerana setiap tahun kami mengungguli pertandingan yang hebat itu.

“Mad, tahniah kerana terpilih mewakili Sabah ke Peringkat Kebangsaan untuk acara menembak di Kem Semenggo, Kuching Sarawak.”

Aku tidak banyak masa di sekolah seperti pelajar lain. Aku banyak menghabiskan mas dengan aktiviti uniform. Sibuk dengan latihan dan persiapan. Kerana ketika itu aku menjiwai ketenteraan. Aku ingin menjadi yang terbaik.

“Mad, kau nak tak pindah sekolah sukan atau sekolah maktab tentera darat?”. Soal cikguku.

“Tidak mahulah. Saya masih nak di sini”. Jawabku. Sedangkan aku ingin sangat memasuki sekolah maktab tentera itu.

“Ko mahu jadi tentera kah? Biar betul? Fikir dalam-dalam lah mad”. Persoalan ini yang selalu bermain di fikiranku ketika itu.

“Tak apalah, aku teruskan apa yang ada. Impian tu aku simpan dulu. Dengar kata nanti boleh jadi tentera menggunakan tiket GO”.

— 7 tahun kemudian —

“Mad jom masuk ROTU UMS”.

“Ah.. Ko masuk saja lah. Jangan bawa aku. Aku mahu join UMS SEJATI. Tukar selera. Penat dah. Sekolah menengah 5 tahun, Matrikulasi 1 tahun. Semua uniform. Kali ni aku mau jadi biasa-biasa”.

— 3 Tahun kemudian —

“Mad, sebelum kau menjadi pegawai aku, nah 7 kasut ni kau tolong kilatkan, 3 pasang baju tolong seterika. Dan… Tahniah jadi Kadet Terbaik Rotu UMS”.

Saat itu aku terduduk menangis tanpa orang lain sedar bahawa esok aku akan ditauliahkan menjadi seorang Pegawai Tentera. Berhempas pulas dalam latihan. Aku bukan menangis kerana disuruh kilatkan kasut yang banyak. Tapi, pahit getir itu aku lalui bersama rakan yang lain.. Berjaya.

“Boy, sini jap. Nampak baju 3 pasang tu seterika dengan 7 kasut tolong kilatkan.” Teknik deligasi kerja. Masa tu aku terpaksa deligate kerja itu kerana aku mahu fokus istiadat esok.

Keesokkannya…

“Tahniah mad! Uih dapat pedang dari Sultan Johor tuuuu….”

Ramai yg impikan. Tapi aku memilikinya. Aku tetap Best Cadet ketika itu. Ianya hanya sejarah. Ianya kerana bersama rakan dan jurulatih yang lain.

— 2 Tahun kemudian —

“Mad, kami hantar nama ko dengan si D bukan nama sebenar untuk diserap menjadi Pegawai Kerahan”.

“Mad, umur aku sudah last untuk join kerahan. Aku mahu sangat jawatan ni. Kalau tak dapat, tahun depan confirm aku tidak layak”.

“D, ko pergilah.. Aku tarik diri”. Aku tahu kalau aku join, aku pasti terpilih kerana aku ada tiket Best Cadet. Mungkin D tidak.

“Mad! Bodohnya kau tarik diri, kalau kau ambil tu ko tak payah risaulah kau kompem dapat punya”. Aku berdiam saja. Biarlah asalkan D berjaya dapat.

— Sebulan kemudian —

“Hello… Mad! Alhamdulillah berjaya aku mad. Terima kasih mad..”

Waktu itu aku bersama rakan sekampung bercuti di kundasang. Menerima panggilan daripada D. Aku pun menumpang gembira dengan keputusan pemilihan tersebut.

“D, satu pesananku.. Anggap ia ujian. Bukan sebuah ganjaran”.

— Beberapa bulan kemudian —

“Mad boleh kita berjumpa?”

“Kenapa D? Apa yang berlaku?”

“Aku tekanan dengan kerja mad”

Kami pun berjumpa di warung hadapan bangunan LHDN, Karamunsing. D menceritakan pahit getir ujian can cobaan yang sangat mengubah dirinya sebenar. Aku agak marah dengan dirinya.

“Aku dah cakap D, ia bukan ganjaran.. ia ujian bagimu. kau kena kuat dan mempunyai pendirian”.

Saat itu, ia memberi sebuah jawapan pasti yang aku tidak akan mengejar karier itu lagi. Aku teruskan perjalanan hidup dengan cara yang lain. Sesungguhnya aku bersyukur kepadaNya kerana ujian tersebut hanya dapat aku rasai dari pihak yang lain. Tuhan amat menyayangiku.

TERIMA KASIH UJIAN

Kalau diberi kelapangan lagi, cerita ini akan bersambung.. InshaAllah

CUCI KERETA RM20

Mahal? Ya betul. Sangat mahal. Sebab, saya bagitahu kepada tauke carwash itu supaya cuci paling paling bersih termasuk vacuum. Kemudian dia minta caj RM20. Okay saya sanggup.

Malangnya, selepas kereta kering, masih nampak segitiga kesan tidak dilap. Masih ada kotoran/sampah pada lapis kaki dan di antara celah kerusi dan gear.

Agaknya…

Sekiranya pekerja carwash itu di kalangan individu Autis jenis/kategori mementingkan kebersihan dan kesempurnaan sesuatu kerja, mungkin ramai pelanggan berpuas hati dan menjadi regular customer.