AMALAN MEMBENTUK IMAN & ISLAM

TEPUK DADA TANYA IMAN & ISLAM

Pernah dengar iman seseorang Muslim ada kala menebal ada kala menipis. Naik turun. Bagaimana nak tahu iman kita sedang naik atau turun?
.
Caranya ukur dengan amalan.
.
Kalau biasanya kita solat di awal waktu, masa itu iman kita menaik. Kalau tetiba kita solat 10 minit lagi masuk waktu solat berikutnya, itu tandanya iman kita mahu-mahu menipis.
.
Bagaimana pula cara untuk membentuk iman?
.
Cara untuk membentuk iman adalah dengan melakukan amalan baik-baik dengan ikhlas. Dimulakan dengan kerjakan solat fardhu di awal waktu. Bila terlewat, ada satu perasaan penyesalan dalam diri dan mahu baiki pada next solat. Kalau tidak, ia seperti berpura-pura dengan Allah SWT.

Buat sesuatu dengan penuh ikhlas. Biarkan orang cakap kita ni tiba-tiba kearah keagamaan. Biarkan. Masa itulah iman kita sedang naik. Teruskan dan teruskan. Allah SWT sedang menilai kita. Kita sedang mendapat perhatianNya. Best!
.
Bagaimana mahu kekalkan momentum iman yang sedang naik ni?
.
Jawapannya istiqomah. Buat asas-asas dan wajib-wajib dahulu. Kekalkan dan ikhlaskan hati.

Contohnya, mula-mula kerjakan solat di awal waktu. Mungkin ketika ni masih solat bersendirian. Lama kelamaan, kita tingkatkan dengan solat berjemaah bersama keluarga dan rakan. Selepas itu, kita ajak semua solat di Rumah Allah SWT. Biar lama kelamaan, kita budayakan meeting Allah SWT berbanding meeting yang perlu minit mesyuarat tu!
.
Bagaimana mengasah iman?
.
Caranya elakkan melihat, mendengar, melangkah, bercakap perkara-perkara maksiat. Maksiat ni bukan dating semata-mata, maksiat ni luas maknanya juga.
.
Bolehkah lagi aku menikmati iman ni? Aku banyak buat dosa lampau. Dosa-dosa besar pula tu?
.
Bertaubat. Selagi pintu taubat terbuka, Allah SWT maha menerima taubat orang yang betul-betul menyesali perbuatan dosa lampau dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
.
INDAHNYA IMAN…
.
.
.
SEPERKARA….

Inilah yang dimaksudkan indahnya Islam. Islam bukan terrorist seperti mana ramai fake fake account fb berani mencaci hina di banyak ruangan komen. Ya, walaupun ramai yang mengaku Muslim tapi islamnya masih buka aurat, minum arak. Ini mereka cuma belum mengenali Allah SWT. Mereka tetap orang baik.
.
.
.
Masih fikir Islam itu agama kejam? Hadirlah ke Masjid pada sembahyang jumaat untuk sama-sama mendengar khutbah-khutbah Jumaat. Semua khutbah menghebahkan ilmu yang baik dan maklumat semasa serta penyelesaian isu-isu semasa kepada orang-orang lelaki Muslim setiap jumaat.
.
.
Wallahua’lam

#KPI_Akhirat

Tulisan asal: Achmad Noorafzam

Leave a Reply

Your email address will not be published.