Month: March 2019

APABILA ALLAH TAK NAK KEPADA KITA

KETAHUILAH apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan. Allah akan sibukkan kita dengan harta. Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Wallahu’alam
______________________

Sumber:

Berzakat secara online di:
🌐www.zakat.com.my

REZEKI SESEORANG SUDAH DITENTUKAN ILAHI

Rezeki itu di langit, diturunkan di bumi untuk di ikhtiar cari..

Kenapa aku kerja, dia kerja,
aku solat, dia pula tidak..
tapi dia kaya, aku tidak.. kenapa..

Allah Maha Adil, kekayaan itu tidak ada kena mengena dengan keimanan.. Ia bergantung dengan usaha dan ikhtiar seluruh manusia. Sebab itu kekayaan manusia tidak kira agama, beriman atau tidak pun, bergantung ikhtiar dan usahanya.

Tetapi..

Bila dikaitkan keimanan, ia berkait dengan keberkatan, mereka solat dan mereka berikhtiar, kekayaan itu InshaAllah berkat di sisi Allah.

Bila berkat, sikit pun dicukupkan, bila banyak ditujukan ke jalan bermanfaat..
Tapi..
bila tidak berkat, banyak pun tapi runsing..

Berbeza lagi dengan orang yang sentiasa meningkatkan TAQWA, dibukakan rezekinya seluas langit dan bumi.. MashaAllah..

#KPI_AKHIRAT

MENJADI INSAN BERMANFAAT

Saudara Muslimku,

Islam itu bermaksud Peace. Bagaimana peace itu wujud di dalam situasi harian kita?

Kita selalu fikir dan kebanyakkan situasi untuk bersedekah, berinfaq pada setiap Jumaat yang barokah.. Mengisi seringgit dua di tabung-tabung masjid.

Dengan niat yang ikhlas supaya duit itu diurus untuk membina keselesaan jemaah masjid yang hadir beribadat.. Keselesaan, alhamdulillah itu yang kita harapkan sesuai dengan ibadat dan tujuannya agar lebih khusyuk dan tenang. Mencantikkan dengan batu-batuan mar-mar, keemasan semata-mata bukanlah dituntut.

Selain itu..

Mari kita belanjakan sebahagian sumbangan sedekah infaq itu di Masjid dan ke tempat-tempat yang lain (Fasiliti awam) seperti Hospital, tempat menunggu bas, pusat-pusat pendidikan tahfiz, green house, universiti, fakulti, sekolah tadika, klinik dan sebagainya..

Lebih banyak kita memberi manfaat kepada orang lain, lebih amanlah dunia ini. Hentikan kesombongan, bina komuniti yang kukuh dan bertimbang rasa.

Anda susah kita bantu, kami susah anda bantu. Ramai kanak-kanak terpinggir, banyak fasiliti yang tidak mencukupi. Wujudkan keamanan dengan bersedekah, infaq, zakat.

Bukankah sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain. Itu pun ibadah untuk dapatkan pahala demi bekalan akhirat bukan?

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوا وَّالَّذِينَ هُمْ مُّحْسِنُونَ
innalloha ma’allaziinattaqow wallaziina hum muhsinuun

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(QS. An-Nahl 16: Ayat 128)

Mari! Baiki amalan-amalan kita..

#KPI_AKHIRAT