BILA KITA BOLEH MULA BERTEPUK TANGAN?
Sejak dahulu, isu hutang negara yang semakin meningkat sudah lama menjadi buah mulut masyarakat. Ia kononnya menjadi teras tanggapan buruk pada pentadbiran kerajaan. Terutama baru-baru ini, isu ini membawa kesan 360 darjah kepada kerajaan lama dan baharu.
Jika ini yang dinilai oleh kebanyakkan masyarakat tanpa melihat faktor lain seperti KDNK dan sebagainya, mari kita lihat di bawah:
Tahukah anda, sepanjang pentadbiran TM berakhir pada tahun 2003, hutang negara tercatat oleh sumber BNM sebanyak RM187.2B.
Kemudian jumlah ini meningkat dan terus meningkat selepas peralihan kuasa Perdana Menteri. Di akhir tahun pentadbiran mereka, dicatatkan rekod hutang negara pada tahun akhir itu adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Ini menunjukkan setiap PM meninggalkan kesan hutang akhir meningkat.
Secara membuta tuli atau tidak, kita boleh simpulkan bahawa mereka penyumbang hutang kepada negara. Perbezanya adalah jumlah mereka hasilkan hutang-hutang ini sepanjang pemerintahan (seperti yang saya nyatakan tadi, tanpa melihat faktor lain).
Tetapi, sebagai rakyat yang kini berada di pemerintahan baharu, yang salah satu usaha mereka adalah untuk ‘menyelamatkan negara daripada hutang negara’, bagi saya, TM mempunyai tempoh 2 tahun yang memegang jawatan PM sebelum bertukar ke PM baharu dalam usaha mengurangkan hutang-hutang ini.
Memandangkan masyakat selalu isukan beban hutang negara, bersama-sama kita melihat pengurangan hutang negara dalam tempoh 2 tahun pentadbirannya nanti, sekurang-kurangnya RM187.2BB (mungkin nilai ini termasuk hutang PM ke-1,ke-2 dan ke-3).
Jadi, inilah kayu ukur pencapaian TM sebagai PM yang perlu masyarakat nilai.
Barulah kita wajar menepuk tangan beramai-ramai kerana beliau telah menebus hutang yang beliau cipta sepanjang menjadi PM ke-4 dahulu dan menjadi contoh terbaik dan pengajaran kepada PM-PM yang akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *