Berdasarkan pembacaan saya, daripada 194 buah negara yang ada di dunia ini, 174 buah negara telah melaksanakan GST. Negara manakah yang memansuhkan atau menghapuskan GST sesudah ianya dilaksanakan?

Jawapan:
Tiada. Sejak Perancis menjadi negara pertama melaksanakan GST pada 10 April 1954, tiada satu pun dari 174 buah negara tersebut yang memansuhkan atau menghapuskan GST sesudah ianya dilaksanakan.

Ini terbukti perlaksanaan GST adalah baik untuk pendapatan negara dan pembangunan negara, TETAPI perlaksanaannya adalah menyusahkan peniaga dan rakyat.

Terbaru, kerajaan baru telah menyatakan 0% rate GST sebelum langkah memansuhkannya. Ini menunjukkan proses memansuhkan adalah bukan mudah dan mungkin berperingkat. Adakah Malaysia bakal menjadi negara pertama? Adakah gst benar-benar dimansuhkan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *