BISNES SELESAIKAN MASALAH PELANGGAN

Ada 1 contoh situasi yang ramai terlepas pandang untuk “selesaikan masalah pelanggan”.

Situasi:
Saya ingin bawa kenalan dari semenanjung untuk makan sedap-sedap di Kota Kinabalu.

Misi: Menggembirakan kenalan dengan makanan yang sedap di Sabah dengan khidmat layanan pelanggan yang baik.

Realiti: Duduk sahaja di kerusi restoran, pelayan tidak endah pelanggan, tempahan salah dan makanan tidak seperti yang dirasai sebelum ini.

Kesan: Next time ajak kenalan ke restoran lain.