ASAS PERNIAGAAN BAHAGIAN 1 – BAGAIMANA MEWUJUDKAN SUB MATLAMAT UNTUK MENCAPAI MATLAMAT UTAMA BERNIAGA

Artikel ini adalah sambungan daripada post sebelum ini. Anda boleh membacanya di sini – Apakah Matlamat Utama Anda Berniaga?

Sub Matlamat (SM) adalah sebuah matlamat hasil terbitan daripada Matlamat Utama (MU). Untuk mencapai MU tersebut, kita mesti memiliki sekurang-kurangnya satu SM.

Bagaimana mewujudkan Sub Matlamat yang betul?

Bagi mewujudkan sebuah SM dengan betul, kita perlu mengikuti kriteria-kriteria berikut:

  1. Realistik;
  2. Mempunyai jangka masa dan ukuran.

Sub-Matlamat mestilah realistik

SM mestilah realistik. Realistik di sini bermaksud, boleh dicapai (masuk akal). Contoh SM yang realistik adalah seperti berikut:

  • Memiliki gerai-gerai cawangan pisang goreng di daerah Kota Kinabalu.
  • Menjadi usahawan atau public figure yang dikenali ramai di Malaysia.
  • Memiliki syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
  • Menjadi pengedar kemeja-t kosong terbesar di Kota Kinabalu.
  • Menjadi salah satu syarikat teknologi solar terkemuka di Negeri Sabah.

Contoh SM yang bukan realistik adalah seperti membuka gerai pisang goreng di bulan dan di matahari yang pertama di dunia.

Sub-Matlamat mestilah mempunyai jangka masa dan ukuran

Tujuan SM yang mempunyai jangka masa dan ukuran adalah sebagai indicator atau petunjuk prestasi dan kemajuan pencapaian sesuatu SM.

Sebagai contoh, SM saya adalah ingin memiliki sekurang-kurangnya 20 buah gerai cawangan pisang goreng dalam masa 5 tahun. Setiap tahun sekurang-kurangnya 4 buah gerai cawangan dapat dibuka.

Selepas setahun, didapati saya hanya berjaya membuka 2 buah gerai cawangan. Saya ketinggalan 2 buah gerai cawangan seperti yang dirancang. Ini menunjukkan bisnes saya di bawah prestasi yang baik ketika itu.

2 Kelebihan utama jika anda memiliki Sub Matlamat yang betul

  1. SM adalah sebagai kayu ukur sesuatu prestasi bisnes.
  2. Halatuju bisnes lebih jelas.

Peringatan! Anda sebagai peniaga seharusnya menetapkan MU dan SM sendiri tanpa menyuruh orang lain tetapkan untuk anda. Itu adalah kesilapan yang besar sesuatu bises!

Tahukah anda, hanya mengetahui MU dan SM sahaja adalah tidak lengkap tanpa OBU dan SOBU. Artikel akan datang, saya akan kongsikan langkah seterusnya sebelum anda membuka sesuatu bisnes.

————————————————————
Adakah artikel ini membawa manfaat kepada anda? Tekan butang di bawah untuk berkongsi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Sila beri komen dan kongsikan pengalaman-pengalaman anda. Jumpa lagi pada artikel yang akan datang.