ASAS PERNIAGAAN BAHAGIAN 1 – APAKAH MATLAMAT UTAMA ANDA BERNIAGA?

Apakah Matlamat Utama (MU) Anda Berniaga?

Pertama sekali, kita perlu mengetahui matlamat utama mengapa kita ingin berniaga.

Ramai di kalangan peniaga kita gagal menetapkan matlamat utama berniaga dengan betul.
Berikut saya senaraikan 5 alasan paling popular yang menjadi pilihan ramai:

  • Tiada peluang pekerjaan yang diingini. Graduan universiti pula semakin ramai.
  • Mahu menjadi bos. Masa bekerja adalah fleksibel.
  • Ingin menjana pendapatan lebih atau sampingan.
  • Mahu jadi kaya.
  • Tak tahu, hanya suka-suka & minat.

Terdapat juga alasan lain iaitu:

  • Keluarga miskin, pendidikan tidak melayakkan pengajian univerisiti, maka berniaga bagi mereka adalah jalan terbaik untuk menjana pendapatan.
  • Syok tengok kawan buat bisnes. Saya pun nak bisneslah. Nak cuba.
  • Cari pengalaman berniaga.
  • Menteri suruh buat 2 kerja untuk tambah pendapatan.
  • Kawan cakap saya punya masakan sedap. Boleh buka kedai makan.

Berdasarkan alasan-alasan di atas, adakah ia sesuai digunakan sebagai Matlamat Utama untuk berniaga? Jawapan saya, tidak sesuai.

Orang-orang tua kita yang berniaga di gerai dan warung biasanya memberi alasan untuk menyara kehidupan keluarga sebagai Matlamat Utama mereka.

Adakah alasan ini juga sesuai dijadikan Matlamat Utama berniaga?

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda apakah matlamat utama yang paling sesuai untuk berniaga. Mari buka minda, buka mindset.

Matlamat Utama berniaga yang paling sesuai adalah ingin mencapai Bebas Kewangan, juga dikenali sebagai Financial Freedom. Tidak ada alasan lain yang paling sesuai selain bebas kewangan.

Mengapa bebas kewangan ini seharusnya menjadi Matlamat Utama bagi setiap orang yang berniaga?

Cuba kita bayangkan seandainya kita sedang bercuti selama setahun. Sepanjang kita bercuti itu, akaun-akaun bank kita tidak permah kering. Ia tetap dimasuki wang pendapatan. Segala bil-bil dibayar secara auto-debit.

Kita tidak perlu lagi membanting tulang, bersengkang mata dan bertungkus lumus untuk berniaga.

Bukankah itu yang kita mahukan?

Ubah MINDSET berniaga kita bermula dari sekarang dengan menetapkan MATLAMAT UTAMA berniaga adalah untuk mencapai status bebas kewangan

Jika selama ini kita berniaga disebabkan oleh pujian rakan semata-mata kerana masakan kita sedap. Kini kita betulkan mindset tujuan berniaga adalah kerana ingin mencapai status bebas kewangan. That’s all! Jangan diubah lagi.

Baiklah, sekarang saya anggap anda sudah tetapkan Matlamat Utama anda berniaga adalah ingin mencapai status bebas kewangan.

Sekarang, cuba tetapkan pula bilakah anda ingin mencapainya? 1 tahun dari sekarang? 2 tahun? 3 tahun atau 5 tahun dari sekarang?

Jom kita tetapkan dalam masa 5 tahun dari sekarang.

Kini, Matlamat Utama saya ingin berniaga adalah ingin mencapai status bebas kewangan dalam masa 5 tahun dari sekarang!

Bertemu lagi di artikel yang akan datang untuk membuat Sub Matlamat (SM) pula.

————————————————————

Adakah artikel ini membawa manfaat kepada anda? Tekan butang di bawah untuk berkongsi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Sila beri komen dan kongsikan pengalaman mengapa anda memilih untuk berniaga. Jumpa lagi pada artikel yang akan datang.