3 SEBAB KENAPA PERLU MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN WALAUPUN MENJALANKAN BISNES HANYA DARI RUMAH

Walaupun kita hanya menjalankan bisnes hanya dari rumah, rancangan perniagaan adalah satu kemestian.

Tanpa rancangan perniagaan yang betul, kita seperti merancang kegagalan.

Berikut adalah 3 sebab kenapa perlu  menyediakan rancangan perniagaan walaupun anda menjalankan bisnes dari rumah:

1. Jimat masa dan wang

Ibarat anda ingin membina sebuah rumah. Membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk menyiapkannya.

Sekiranya anda tiada pelan pembangunan, anda mungkin akan membina rumah tersebut mengikut kehendak, selera dan nafsu yang sering berubah-ubah tanpa asas.

Sekiranya itu berlaku, mungkin berlaku lebihan bahan binaan yang dibeli. Selain itu, penggunaannya juga tidak terkawal. Ini mengakibatkan kerugian wang ringgit.

2. Tahu apa tindakan seterusnya dan bila untuk bertindak

Rancangan perniagaan yang baik adalah rancangan yang mempunyai objektif dan matlamat bisnes yang jelas. Ia juga lengkap dengan langkah-langkah realistik untuk mencapainya.

Apa yang anda perlu lakukan adalah BERTINDAK untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut.

Sekiranya anda sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan, anda akan sentiasa dalam keadaan bertangguh dan tiada kemajuan.

Usah tunggu orang lain mencadangkan untuk anda. Anda yang rancang untuk diri anda!

Saya selalu menggunakan ayat ini untuk push diri saya supaya terus dan terus BERTINDAK

Then, so what’s next?

3. Sentiasa berada di halatuju yang dirancang

Pernahkah selama anda menjalankan bisnes, anda sering kali terfikir idea-idea baru yang datang secara tiba-tiba?

Kebiasaannya, idea-idea baru ini datangnya pada masa yang tidak kena pada tempatnya. Ia boleh mengganggu momentum sesuatu kerja.

Anda rasa seperti ingin membuat semua idea itu, tetapi tidak tahu bila untuk memulakannya.

Anda pun kemungkinan sedang merancang untuk mencapai idea-idea itu. Akibatnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sebagai contoh. Anda sedang menjalankan online bisnes iaitu menjual barang-barang mainan kanak-kanak.

Objektif asal anda adalah untuk mendapatkan jualan sekurang-kurangnya RM10,000 pertama dalam masa sebulan melalui iklan berbayar Facebook dengan anggaran kos sebanyak RM1,000.

Objektif asal tersebut terganggu apabila secara tiba-tiba rakan anda memberi idea baru. Mereka mencadangkan kepada anda supaya membuka kedai online sendiri agar proses tempahan pelanggan adalah secara automatik. Anggaran kos baru untuk idea baru tersebut adalah RM3,500 (Asas).

Anda pun duduk termenung dan berfikir. “Alangkah bestnya jika aku memiliki laman web kedai online sendiri”. Mesti dapat meyakinkan lebih ramai prospek pelanggan.

Memandangkan anda tidak mempunyai rancangan perniagaan yang betul, anda pun terikut cadangan idea baru itu. Akibatnya, anda telah membelanjakan kos baru untuk laman web tersebut.

Malangnya anda masih belum mahir selok belok tentang pentadbiran dan operasi teknikal kedai online itu tadi.

Seandainya anda tidak ikut idea rakan anda itu, anda sepatutnya hanya membelanjakan kos pengiklanan Facebook sebanyak RM1,000 dengan sasaran pulangan sebanyak RM10,000.

Sekiranya sasaran itu tercapai dan dapat mencipta keuntungan yang lebih, lakukan kemaskini semula rancangan perniagaan anda. Masukkan sub-objektif baru untuk memiliki sebuah kedai online. Ini baru betul!

Tetap pada matlamat dan objektif asal anda. Anda pasti akan sampai.

Diharapkan dengan artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak input baik kepada anda berkenaan dengan keperluan membuat rancangan perniagaan walaupun anda hanya seorang yang berbisnes atau bekerja hanya dari rumah.

Jom kongsikan pandangan dan soalan anda di ruangan komen. Sharing is caring! Jangan lupa share agar lebih ramai mendapat manfaatnya.